Tutorial Asas Penyuntingan Video : Canva | Usahawan Giatmara Padang Besar [Kursus Jahitan]

14 November 2023 | Aktiviti Terkini

Pihak pengurusan PEDI RPA Arau, PEDi Tambun Tulang dan PEDi Batas Lintang telah mengadakan Tutorial Asas Penyuntingan Video : Canva Dan Keusahawanan kepada pelajar GiatMara Padang Besar Kursus Jahitan. Program yang diadakan di Pusat Internet RPA Arau disertai oleh 10 orang peserta dan berlangsung dari jam 9.00 pagi hingga 1.00 Petang. Tujuan program ini diadakan adalah untuk berkongsi ilmu dan tips pemasaran online secara berkesan untuk para peserta memperkasakan lagi urusan perniagaan mereka.

Antara isi kandungan program adalah mengenai penggunaan media sosial seperti facebook page dan instagram sebagai medium mempromosikan perniagaan dan sedikit asas pengenalan perniagaan dalam talian. Selain itu mereka diselitkan pembelajaran asas penyutingan video CANVA

Mereka juga diajar teknik Fotografi dan videografi bagi tujuan untuk produk marketing.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali